Tuesday, 19 August 2014

PERNYATAAN MASALAH

                                      PERNYATAAN MASALAH

Semua negara bangsa pada hari ini terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik dan adat resam. Setiap etnik atau kaum itu pula sudah pasti mempunyai ciri yang berbeza. Walau bagaimanapun dalam pengajian mengenai masyarakat , beberapa konsep kemasyarakatan perlu diperhalusi bagi memahami secara mendalam mengenai etnik-etnik yang ada di seluruh dunia pada hari ini .
Etnik selalunya didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian, atau kegiatan ekonomi. Konsep etnik selalunya dikaitkan dengan konsep ras, bangsa, dan kaum walaupun pada hakikatnya ketiga-tiga tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Dalam hal ini , ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal atau sifat-sifat yang berkaitan dengan biologi seperti keturunan dan pertalian darah. Dalam konteks masyarakat Malaysia, terdapat pelbagai kelompok dan etnik yang berlainan tetapi bernaung di bawah sistem politik yang sama .
Syed Husin Ali mendefinisikan etnik sebaga:
“..... the term ‘ethnic’ is preferred here to ‘racial’ or ‘communal’. To my mind, the term’ethnic group’ describes most appropriately not only the three major groups...but also all the other component groups in the whole country.”(Syed Husin Ali: 1984)
Dan terdapat juga tafsiran yang berbeza dari Syed Husin Ali seperti Joe R. Feagin dan Clairece ooher Feagin (1996), Milton Gordon’s (1964) dan Nathan Glazer .

Tidak dapat dinafikan, terdapat masalah-masalah awal perpaduan kaum rakyat Malaysia seperti kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Walaupun rusushan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja , namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap pelosok negara. Hasil kajian yang dijalankan , masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputiekonomo, sosial, dan politik.

No comments:

Post a Comment