Tuesday, 19 August 2014

ISI

B. KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

1.         Petempatan (termasuk Dasar British)
i)          Bilangan terbesar orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar. Orang cina di kawasan bandar dan lombong-lombong bijih timah (Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban).Orang India(terutamanya Tamil) di ladang-ladang getah.
ii)         Perpisahan juga wujud di bandar. Terdapat satu-satu kawasan di bandar-bandar menjadi tumpuan satu satu golongan etnik.
( Di Kuala Lumpur: orang Cina di Pudu, orang India di Sentul dan orang Merlayu di Kampung Bharu).
Hampir di setiap bandar besar terdapat komuniti Chettiar (peminjam wang).
-Terdapat juga buruh India dalam perkhidmatan pelabuhan (Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang), Kereta api Tanah Melayu dan Jabatan Kerja Raya.
-Orang Selon kebanyakannya dibawa masuk untuk bekerja sebagai kerani. Kakitangan kereta api dan pembantu hospital.
iii)        British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina. Kehadiran mereka mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

2.         Perkembangan Ekonomi (5 markah)
Memang benar jika dikatakan bahawa perkembangan ekonomi yang semakin pesat ini telah mengubah keadaan dan ia memainkan peranan penting dalam kewujudan masyarakat majmuk.
-Oleh kerana buruh tempatan tidak mudah diperoleh, maka sebilangan besar kaum buruh terpaksa dibawa masuk dari negeri China, India dan sebahagian kecil dari kepulauan Melayu.
-Perkembangan kegiatan perusahaan bijih timah dan getah( perlu dijelaskan.)

3.         Pengasingan dari segi agama dan amalan kebudayaan:
Agama sememangnya merupakan satu lagi unsur pembahagian masyarakat ini.Setiap etnik memeluk satu agama.Islam bagi orang Melayu, agama Hindu dianuti oleh sebilangan besar orang India dan orang Cina menganut ajaran Buddha/ Kung Fu Tze.

4.         Sistem pelajaran yang berbeza.
Pada peringkat awal Pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.Kaum Cina adalah bersikap dan bersemangat kecinaan.Orang Cina mengambil alih pelajaran Cina. Sekolah Cina bukan sahaja menggunakan bahasa Cina (mulai 1920-an:mandarin) gurunya didatangkan dari negeri China, buku teks dan kurikulumnya berasaskan kepada kurikulum negeri China. Sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.Pelajaran Tamil hanya terhad kepada pelajaran rendah sahaja.

5.         Institusi-institusi sosial dan budaya:
Institusi-institusi sosial dan budaya seperti persatuan-persatuan sosial, keagamaan tumbuh di tempat kediaman masing-masing menyebabkan masyarakat ini hidup sebagai satu komuniti tersendiri.Bilangan orang Melayu meningkat disebabkan oleh kemasukan orang Melayu dari Kepulauan Melayu seperti orang Jawa, Minangkabau, Banjar, Bugis, Mendaling dan sebagainya.Disebabkan terdapat persamaan dari segi agama, mereka digolongkan dalam istilah Melayu.

Faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk di tanah Melayu

Pengenalan:

1. Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai budaya,agama ,bahasa dan adapt resam yang tersendiri.

2. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan.

3. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi.

4. Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu.

5. Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India.

ISI:

1. Dasar British.
British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan sector perladangan dan perlombongan .Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

2. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan Kemasukan buruh dari china dan India.Keadaan ekonomi dan politik yang tidak tenteram seperti berlaku Pemberontakan Taiping dan pemberontakan Boxer yang menyebabkan ribuan Nyawa terkorban. Keadaan ekonomi yang buruk seperti pertambahan Penduduk yang pesat , kekurangan makanan, bencana alam seperti banjir,Kemarau dan gempa bumi yang sering berlaku memusnahkan banyak nyawa Dan harta benda telah menjadi factor penolak untuk berhijrah ke Tanah Melayu.Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah menarik Minat orang Cina ke Negara ini.Penghijrahan kaum India pula adalah disebabkan masalah ekonomi dan social.Seperrti pertambahan penduduk yang pesat dan tidak seimbang dengan Keluasan tanah pertanian , bencana alam seperti banjir, kemarau , kebuluran.Yang kerap berlaku dan merebaknya wabak penyakit telah mendorong Mereka berhijrah ke Negara ini.Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi Perindustrian, permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini.Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong , orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani.

3. Kawasan penempatan yang berbeza seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping , Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu.Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.

4. Agama – Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut.Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Budha.

5. Pendidikan/persekolahan – Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah .Buku –buku dan guru-gurunya dibawa dari India.Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu.Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

6. Sosio budaya – Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.
Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk?

Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri.

Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia:
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

i. Dasar Politik
Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh.Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas.Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi

ii. Dasar Ekonomi
Dasar ekonomi komersial – kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah.
Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh
Keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh


iii. Dasar Sosial
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris.Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru.Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka.Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah

ORANG CINA DI TANAH MELAYU

Sejarah kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu telah bermula sebelum Zaman Kesultanan Melaka lagi. Di mana pada abad ke 6, ada catatan yang menyatakan bahawa orang Cina yang terdiri daripada golongan pedagang telah sampai ke Kerajaan Tun Sun ( Johor ) tetapi bilangannya adalah kecil . Pada awal abad ke 15, hubungan perdagangan dan diplomasi yang baik antara Kerajaan China dan Kesultanan Melaka telah membawa kepada pembukaan penempatan orang Cina di Tanah Melayu.Nanum begitu, penempatan ini hanya terhad di Melaka sahaja. Kewujudan penempatan-penempatan ini telah menyaksikan kelahiran golongan Baba Melaka atau Cina Peranakan yang majoritinya berasal dari wilayah Fukien, China .Sebagai antara imigran Cina yang terawal, golongan Cina Peranakan mendominasi perniagaan di Tanah Melayu khususunya di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.Misalnya pada tahun 1819, pembukaan Singapura menyaksikan saudagar-saudagar Baba yang kaya telah berpindah ke Singapura dan menguasai perniagaan lada hitam dan gambir di Singapura dan Johor.

Pembukaan Pulau Pinang pada 1 Oktober 1786 dan Singapura pada 1819 merupakan titik tolak kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu dengan lebih ramai lagi. Ia semakin jelas menjelang tahun 1820 di mana pada tahun 1820, terdapat 83000 orang Cina di Pulau Pinang manakala pada tahun 1822 terdapat 1150 orang Cina di Singapura dan menjelang 1824, pupulasi orang Cina di Singapura berjumlah 31% ( 3,317 orang ) dan ia terus meningkat kepada 46% pada tahun 1860 iaitu berjumlah kira-kira 28,018 orang . Mulai pertengahan abad ke-19, orang Cina telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu akibat daripada pembukaan lombong bijih timah.Mereka bertumpu di kawasan-kawasan yang kaya dengan hasil timah seperti Larut, Kinta dan Selangor. Pada tahun 1850, hanya terdapat tiga orang Cina di Larut dan menjelang tahun 1872, ia meningkat kepada 40,000 orang dalam tahun 1901. Manakala di Kinta pula, pada tahun 1882, hanya terdapat kira-kira 4,000 orang Cina sahaja tetapi menjelang tahun 1888 ia menjangkau 38,000 dan pada 1889 orang Cina telah mendominasi Daerah Kinta dengan seramai 44,790 orang berbanding hanya 10,291 oarng Melayu, 69 orang Eropah dan 847 lain-lain bangsa . Menjelang tahun 1901, orang Cina membentuk 46% daripada populasi di Perak dan 65% populasi di Selangor .

Kebanjiran imigran Cina di Tanah Melayu dipengaruhi oleh sistem pentadbiran British yang memperkenalkan pembangunan ekonomi kapitalis yang menggalakkan pertumbuhan penduduk dan buruh .Menjelang tahun 1875, pihak British berjaya memulihkan keamanan di Peark, Selangor dan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah.Pemerintahan Inggeris telah memberi jaminan keselamatan harta dan nyawa.Ini mendorong orang Cina berhijrah ke Negeri Melayu tersebut.Di samping itu, kesengsaraan sosial dan ekonomi turut memaksa para petani Cina untuk berhijrah keluar untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pertambahan penduduk yang tidak dapat diseimbangi dengan tambahan kawasan pertanian mengakibatkan kemiskinan dan ia diperburukkan lagi dengan bencana alam yang melanda .Di samping itu, keadaan politik yang tidak stabil pada abad kesembilan belas menyaksika tercetusnya beberapa pemberontakan menentang Dinasti Manchu.Ia mengancam nyawa dan harta benda penduduk yang terpaksa berhijrah. Lantaran itu, boleh disimpulkan bahawa dasar Inggeris , pembukaan lombong bijih timah dan beberapa masalah dalaman Negara China telah mendorong penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu.

Dalam memperlihatkan trend kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua, boleh dikatakan bahawa tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk mencari rezeki dan tidak berhasrat untuk menetap dalam tempoh masa yang lama. Malahan polisi Inggeris ketika itu turut mempunyai tanggapan yang sama, di mana imigran Cina dianggap sebagai penduduk asing dan tidak mempunyai hak atau keistimewaan seperti yang dinikmati masyarakat tempatan .


No comments:

Post a Comment