Tuesday, 19 August 2014

PENGENALAN

                         PENGENALAN.


   Perluasan kuasa British selepas 1874 telah mewujudkan kestabilan politik yang membolehkan eksploitasi ekonomi sepenuhnya.
-British menggalakkan lebih ramai orang cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah
-Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran lagi pengeluaran hasil ladang terutama getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India.
pihak British telah memberi ruang kepada orang Cina dan India untuk berhijrah ke negara ini pada suatu masa dahulu. Pada masa itu buruh-buruh daripada China dan India di bawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah kepunyaan British.Suasana politik di negara asal yang tidak menentu menyebabkan buruh Cina dan India merasa terpanggil untuk mencari rezeki di Tanah Melayu.

    Justeru itu, pada awal tahun 1920-an hingga 1930-an telah menyaksikan kemasukan buruh-buruh dari China dan India yang ramai ke Tanah Melayu. Bermula dari sinilah bermulanya masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan kehadiran orang Cina dan India yang akhirnya menjadi penduduk tetap Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk adalah masyarakat berbilang kaum yang tingal berdampingan daripada bercampur-gaul tetapi membentuk satu kependudukan hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. 

No comments:

Post a Comment