RUJUKAN
- http://www.oxfordfajar.com.my/higher-education/hubungan-etnik-di-malaysia-buku-teks-/576
-http://www.itbm.com.my/catalogue/buku/hubungan_etnik_di_malaysia/
-www.slideshare.net/.../kepelbagaian-etnik-di-malaysia
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia
-http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3242-kaum-kaum-di-malaysia.html
Tuesday, 19 August 2014
ISI
B.
KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
1. Petempatan (termasuk Dasar British)
i) Bilangan terbesar orang Melayu tinggal
di kawasan desa atau pinggir bandar. Orang cina di kawasan bandar dan
lombong-lombong bijih timah (Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban).Orang
India(terutamanya Tamil) di ladang-ladang getah.
ii) Perpisahan juga wujud di bandar.
Terdapat satu-satu kawasan di bandar-bandar menjadi tumpuan satu satu golongan
etnik.
(
Di Kuala Lumpur: orang Cina di Pudu, orang India di Sentul dan orang Merlayu di
Kampung Bharu).
Hampir
di setiap bandar besar terdapat komuniti Chettiar (peminjam wang).
-Terdapat
juga buruh India dalam perkhidmatan pelabuhan (Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang),
Kereta api Tanah Melayu dan Jabatan Kerja Raya.
-Orang
Selon kebanyakannya dibawa masuk untuk bekerja sebagai kerani. Kakitangan
kereta api dan pembantu hospital.
iii) British menggalakkan kemasukan buruh
India dan Cina. Kehadiran mereka mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Tanah
Melayu.
2. Perkembangan Ekonomi (5 markah)
Memang
benar jika dikatakan bahawa perkembangan ekonomi yang semakin pesat ini telah
mengubah keadaan dan ia memainkan peranan penting dalam kewujudan masyarakat
majmuk.
-Oleh
kerana buruh tempatan tidak mudah diperoleh, maka sebilangan besar kaum buruh
terpaksa dibawa masuk dari negeri China, India dan sebahagian kecil dari
kepulauan Melayu.
-Perkembangan
kegiatan perusahaan bijih timah dan getah( perlu dijelaskan.)
3. Pengasingan dari segi agama dan amalan
kebudayaan:
Agama
sememangnya merupakan satu lagi unsur pembahagian masyarakat ini.Setiap etnik
memeluk satu agama.Islam bagi orang Melayu, agama Hindu dianuti oleh sebilangan
besar orang India dan orang Cina menganut ajaran Buddha/ Kung Fu Tze.
4. Sistem pelajaran yang berbeza.
Pada
peringkat awal Pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan
Inggeris.Kaum Cina adalah bersikap dan bersemangat kecinaan.Orang Cina
mengambil alih pelajaran Cina. Sekolah Cina bukan sahaja menggunakan bahasa
Cina (mulai 1920-an:mandarin) gurunya didatangkan dari negeri China, buku teks
dan kurikulumnya berasaskan kepada kurikulum negeri China. Sekolah Tamil
menggunakan bahasa Tamil.Pelajaran Tamil hanya terhad kepada pelajaran rendah
sahaja.
5. Institusi-institusi sosial dan budaya:
Institusi-institusi sosial dan
budaya seperti persatuan-persatuan sosial, keagamaan tumbuh di tempat kediaman
masing-masing menyebabkan masyarakat ini hidup sebagai satu komuniti
tersendiri.Bilangan orang Melayu meningkat disebabkan oleh kemasukan orang
Melayu dari Kepulauan Melayu seperti orang Jawa, Minangkabau, Banjar, Bugis,
Mendaling dan sebagainya.Disebabkan terdapat persamaan dari segi agama, mereka
digolongkan dalam istilah Melayu.
Faktor-faktor
pembentukan masyarakat majmuk di tanah Melayu
Pengenalan:
1.
Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai
budaya,agama ,bahasa dan adapt resam yang tersendiri.
2.
Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka
berasingan.
3.
Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan
penghijrahan mengikut keperluan ekonomi.
4.
Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu.
5.
Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi
menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan
India.
ISI:
1.
Dasar British.
British
menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan
sector perladangan dan perlombongan .Kehadiran mereka telah mewujudkan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
2.
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.Perkembangan perusahaan bijih
timah dan getah telah menyebabkan Kemasukan buruh dari china dan India.Keadaan
ekonomi dan politik yang tidak tenteram seperti berlaku Pemberontakan Taiping
dan pemberontakan Boxer yang menyebabkan ribuan Nyawa terkorban. Keadaan
ekonomi yang buruk seperti pertambahan Penduduk yang pesat , kekurangan
makanan, bencana alam seperti banjir,Kemarau dan gempa bumi yang sering berlaku
memusnahkan banyak nyawa Dan harta benda telah menjadi factor penolak untuk
berhijrah ke Tanah Melayu.Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal
asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah
menarik Minat orang Cina ke Negara ini.Penghijrahan kaum India pula adalah
disebabkan masalah ekonomi dan social.Seperrti pertambahan penduduk yang pesat
dan tidak seimbang dengan Keluasan tanah pertanian , bencana alam seperti
banjir, kemarau , kebuluran.Yang kerap berlaku dan merebaknya wabak penyakit
telah mendorong Mereka berhijrah ke Negara ini.Perkembangan pesat perusahaan
getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh.
Akibat perkembangan revolusi Perindustrian, permintaan tenaga buruh semakin
tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah
menarik minat Mereka ke negara ini.Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum,
iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong , orang India bekerja sebagai pekerja
ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal
sebagai nelayan dan petani.
3.
Kawasan penempatan yang berbeza seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong
bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping ,
Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah
yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu.Masyarakat Melayu pula tinggal di
kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka
tidak berhubung antara satu sama lain.
4.
Agama – Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang
berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan
petempatan baru tersebut.Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan
mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya
beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Budha.
5.
Pendidikan/persekolahan – Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum.
Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari
cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya
menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang
tinggal di kawasan ladang getah .Buku –buku dan guru-gurunya dibawa dari
India.Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu.Perbezaan ini telah
mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
6. Sosio budaya – Setiap kaum
Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan
India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa
dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng
kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan
masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.
Apakah
yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk?
Masyarakat
majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup
berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama
tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya
yang tersendiri.
Dasar
Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia:
Dasar
Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan
pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu.
Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu
mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi
kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik
dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat
beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:
i.
Dasar Politik
Perbincangan
ini berkisar pada aspek dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan
undang-undang buruh.Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas
iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.Dalam hal ini
Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem
kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas.Hal ini berbeza dengan
tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa
dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke
negara asal mereka.Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga
menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik
tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum
undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk
mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan
selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan
keretapi dan jalan raya
Keadaan
ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi
melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi
gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh
ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan
Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa
terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak
kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.Hal ini diperkukuhkan lagi
dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk
memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan
ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan
mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa
kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke
negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
Oleh
itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan
masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang
berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah
mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang
dihadapi oleh masyarakat pribumi
ii.
Dasar Ekonomi
Dasar
ekonomi komersial – kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri
kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan
pelombongan bijih timah.
Wujudnya
sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh
Keperluan
pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh
iii.
Dasar Sosial
Penekanan aspek ini lebih
dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris.Melalui dasar ini
dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui
dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi
perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal
ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan
pendidikan dan pendidikan guru.Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan
pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti
setiap kaum di Malaysia.Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif
dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal
mereka.Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi
menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang
Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara
diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu
akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para
bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya
menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih
lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi
bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan
mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah
ORANG
CINA DI TANAH MELAYU
Sejarah
kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu telah bermula sebelum Zaman Kesultanan
Melaka lagi. Di mana pada abad ke 6, ada catatan yang menyatakan bahawa orang
Cina yang terdiri daripada golongan pedagang telah sampai ke Kerajaan Tun Sun (
Johor ) tetapi bilangannya adalah kecil . Pada awal abad ke 15, hubungan
perdagangan dan diplomasi yang baik antara Kerajaan China dan Kesultanan Melaka
telah membawa kepada pembukaan penempatan orang Cina di Tanah Melayu.Nanum
begitu, penempatan ini hanya terhad di Melaka sahaja. Kewujudan
penempatan-penempatan ini telah menyaksikan kelahiran golongan Baba Melaka atau
Cina Peranakan yang majoritinya berasal dari wilayah Fukien, China .Sebagai
antara imigran Cina yang terawal, golongan Cina Peranakan mendominasi
perniagaan di Tanah Melayu khususunya di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura.Misalnya pada tahun 1819, pembukaan Singapura
menyaksikan saudagar-saudagar Baba yang kaya telah berpindah ke Singapura dan
menguasai perniagaan lada hitam dan gambir di Singapura dan Johor.
Pembukaan
Pulau Pinang pada 1 Oktober 1786 dan Singapura pada 1819 merupakan titik tolak
kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu dengan lebih ramai lagi. Ia semakin
jelas menjelang tahun 1820 di mana pada tahun 1820, terdapat 83000 orang Cina
di Pulau Pinang manakala pada tahun 1822 terdapat 1150 orang Cina di Singapura
dan menjelang 1824, pupulasi orang Cina di Singapura berjumlah 31% ( 3,317
orang ) dan ia terus meningkat kepada 46% pada tahun 1860 iaitu berjumlah
kira-kira 28,018 orang . Mulai pertengahan abad ke-19, orang Cina telah
berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu akibat daripada pembukaan
lombong bijih timah.Mereka bertumpu di kawasan-kawasan yang kaya dengan hasil
timah seperti Larut, Kinta dan Selangor. Pada tahun 1850, hanya terdapat tiga
orang Cina di Larut dan menjelang tahun 1872, ia meningkat kepada 40,000 orang
dalam tahun 1901. Manakala di Kinta pula, pada tahun 1882, hanya terdapat
kira-kira 4,000 orang Cina sahaja tetapi menjelang tahun 1888 ia menjangkau
38,000 dan pada 1889 orang Cina telah mendominasi Daerah Kinta dengan seramai
44,790 orang berbanding hanya 10,291 oarng Melayu, 69 orang Eropah dan 847
lain-lain bangsa . Menjelang tahun 1901, orang Cina membentuk 46% daripada
populasi di Perak dan 65% populasi di Selangor .
Kebanjiran
imigran Cina di Tanah Melayu dipengaruhi oleh sistem pentadbiran British yang
memperkenalkan pembangunan ekonomi kapitalis yang menggalakkan pertumbuhan
penduduk dan buruh .Menjelang tahun 1875, pihak British berjaya memulihkan
keamanan di Peark, Selangor dan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih
timah.Pemerintahan Inggeris telah memberi jaminan keselamatan harta dan
nyawa.Ini mendorong orang Cina berhijrah ke Negeri Melayu tersebut.Di samping itu,
kesengsaraan sosial dan ekonomi turut memaksa para petani Cina untuk berhijrah
keluar untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pertambahan penduduk yang tidak
dapat diseimbangi dengan tambahan kawasan pertanian mengakibatkan kemiskinan
dan ia diperburukkan lagi dengan bencana alam yang melanda .Di samping itu,
keadaan politik yang tidak stabil pada abad kesembilan belas menyaksika
tercetusnya beberapa pemberontakan menentang Dinasti Manchu.Ia mengancam nyawa
dan harta benda penduduk yang terpaksa berhijrah. Lantaran itu, boleh
disimpulkan bahawa dasar Inggeris , pembukaan lombong bijih timah dan beberapa
masalah dalaman Negara China telah mendorong penghijrahan orang Cina ke Tanah
Melayu.
Dalam memperlihatkan trend
kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua, boleh
dikatakan bahawa tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk mencari rezeki dan
tidak berhasrat untuk menetap dalam tempoh masa yang lama. Malahan polisi
Inggeris ketika itu turut mempunyai tanggapan yang sama, di mana imigran Cina
dianggap sebagai penduduk asing dan tidak mempunyai hak atau keistimewaan
seperti yang dinikmati masyarakat tempatan .
OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif :
- Mengenal pasti konsep-konsep dalam hubungan kaum dan etnik.
- Mengenal pasti pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.
- Mengenal pasti asas-asas kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
- Menerangkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
KAEDAH/METADOLOGI KAJIAN
KAEDAH/METODOLOGI KAJIAN
1. Kajian
Perpustakaan.
2. Mendapatkan
data primer dan data sekunder yang merangkumi data kuantitatif dan data kualitatif.
3. Pengambilan
foto kawasan kajian.
4. Mengadakan
observasi melalui lawatan.
5. Kajian
lapangan .
PERNYATAAN MASALAH
PERNYATAAN MASALAH
Tidak dapat dinafikan, terdapat masalah-masalah awal perpaduan kaum rakyat Malaysia seperti kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Walaupun rusushan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja , namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap pelosok negara. Hasil kajian yang dijalankan , masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputiekonomo, sosial, dan politik.
Semua negara
bangsa pada hari ini terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik dan adat resam.
Setiap etnik atau kaum itu pula sudah pasti mempunyai ciri yang berbeza. Walau
bagaimanapun dalam pengajian mengenai masyarakat , beberapa konsep kemasyarakatan
perlu diperhalusi bagi memahami secara mendalam mengenai etnik-etnik yang ada
di seluruh dunia pada hari ini .
Etnik selalunya
didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan
budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian, atau
kegiatan ekonomi. Konsep etnik selalunya dikaitkan dengan konsep ras, bangsa,
dan kaum walaupun pada hakikatnya ketiga-tiga tersebut mempunyai maksud yang
berbeza. Dalam hal ini , ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal atau
sifat-sifat yang berkaitan dengan biologi seperti keturunan dan pertalian
darah. Dalam konteks masyarakat Malaysia, terdapat pelbagai kelompok dan etnik
yang berlainan tetapi bernaung di bawah sistem politik yang sama .
Syed Husin Ali
mendefinisikan etnik sebaga:
“..... the term ‘ethnic’ is preferred here to
‘racial’ or ‘communal’. To my mind, the term’ethnic group’ describes most
appropriately not only the three major groups...but also all the other
component groups in the whole country.”(Syed Husin Ali: 1984)
Dan terdapat
juga tafsiran yang berbeza dari Syed Husin Ali seperti Joe R. Feagin dan
Clairece ooher Feagin (1996), Milton Gordon’s (1964) dan Nathan Glazer .
Tidak dapat dinafikan, terdapat masalah-masalah awal perpaduan kaum rakyat Malaysia seperti kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Walaupun rusushan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja , namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap pelosok negara. Hasil kajian yang dijalankan , masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputiekonomo, sosial, dan politik.
PENGENALAN
PENGENALAN.
Perluasan
kuasa British selepas 1874 telah mewujudkan kestabilan politik yang membolehkan
eksploitasi ekonomi sepenuhnya.
-British
menggalakkan lebih ramai orang cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih
timah yang meningkat di Eropah
-Untuk
mempercepatkan lagi pengeluaran lagi pengeluaran hasil ladang terutama getah,
kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India.
pihak
British telah memberi ruang kepada orang Cina dan India untuk berhijrah ke
negara ini pada suatu masa dahulu. Pada masa itu buruh-buruh daripada China dan
India di bawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan
ladang getah kepunyaan British.Suasana politik di negara asal yang tidak
menentu menyebabkan buruh Cina dan India merasa terpanggil untuk mencari rezeki
di Tanah Melayu.
Justeru itu, pada awal tahun 1920-an hingga 1930-an telah
menyaksikan kemasukan buruh-buruh dari China dan India yang ramai ke Tanah
Melayu. Bermula dari sinilah bermulanya masyarakat majmuk di Tanah Melayu
dengan kehadiran orang Cina dan India yang akhirnya menjadi penduduk tetap
Tanah Melayu.
Masyarakat
majmuk adalah masyarakat berbilang kaum yang tingal berdampingan daripada
bercampur-gaul tetapi membentuk satu kependudukan hidup sebagai
komuniti-komuniti yang berasingan. PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pengajian malaysia DEU1B yaiiti, En.Kamarudin bin Mohd Noor kerana memberi sokongan dan tunjuk ajar melakukan e-folio ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya kerana memberi kerjasama dan membincangkan tentang menjelaskan komposisi penduduk etnik malaysia.
Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada responden yang sudi ditemubual untuk menyiapkan e-folio ini.
PENGAJIAN MALAYSIA
NAMA & KOD KURSUS :
DUB1012-PENGAJIAN MALAYSIA
ITEM PB/MARKAH : PROJEK/50%(PENULISAN30%+PEMBENTANGAN
20%)
SEMESTER : 1
NAMA PENSYARAH: EN.KAMARUDIN BIN MOHD NOOR
NAMA KUMPULAN : NUR SYAMIMILIYANA BT MAT YUNA
(08DEU14F1038)
NURUL IFFAH BT MANAF
(08DEU14F1062)
NURUL AUNI BT MOHD ROSHINI
(08DEU14F1044)
NURINA IZZATI BT MOHAMAD NAZRI
ITEM PB/MARKAH : PROJEK/50%(PENULISAN30%+PEMBENTANGAN
20%)
SEMESTER : 1
NAMA PENSYARAH: EN.KAMARUDIN BIN MOHD NOOR
NAMA KUMPULAN : NUR SYAMIMILIYANA BT MAT YUNA
(08DEU14F1038)
NURUL IFFAH BT MANAF
(08DEU14F1062)
NURUL AUNI BT MOHD ROSHINI
(08DEU14F1044)
NURINA IZZATI BT MOHAMAD NAZRI
(08DEU14F1058)
NURUL ATHIRAH BINTI AZIZ
(08DEU14F1068)
NURUL ATHIRAH BINTI AZIZ
(08DEU14F1068)
Subscribe to:
Posts (Atom)